More

    Putrajaya kini naik taraf lampu isyarat dikuasakan AI secara berperingkat

    Perbadanan Putrajaya sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem pengurusan trafik di Putrajaya kepada teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kelancaran aliran trafik di kawasan pentadbiran tersebut. Menurut makluman rasmi, projek berkenaan dilaksanakan secara berfasa.

    Fasa pertama melibatkan Pengujian Kebolehsanaan Teknologi (Proof of Concept, POC) telah selesai dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih termasuk Lebuh Wawasan, Persiaran Timur–Jalan P14 dan Persiaran Perdana. Ketika ini, projek berada dalam Fasa Kedua iaitu fasa peralihan yang melibatkan penggantian peralatan di persimpangan lampu isyarat.

    Perbadanan Putrajaya memaklumkan bahawa sistem memerlukan tempoh masa tertentu untuk proses integrasi dan penyelarasan laluan hijau (green wave) dan orang ramai diminta bersabar sepanjang tempoh peralihan tersebut.

    Bagi Fasa Ketiga, sebanyak 140 persimpangan lampu isyarat di seluruh Putrajaya dijadualkan untuk dinaik taraf kepada Sistem Lampu Isyarat Pintar AI baharu, yang disasarkan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan trafik secara menyeluruh.

    Sehubungan itu, pengguna jalan raya di Putrajaya diingatkan supaya sentiasa mematuhi lampu isyarat sepanjang tempoh pelaksanaan projek demi keselamatan dan kelancaran trafik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...