More

    QashierX2 dilancar di Malaysia: Penyelesaian POS dan pembayaran digital bermula RM2,898

    Syarikat pemula teknologi kewangan Qashier memperkenalkan QashierX2 yang membolehkan pemilik perniagaan perusahaan kecil sederhana (PKS) memperkemaskan operasi mereka dengan satu penyelesaian titik penjualan (point-of-sale, POS) dan pembayaran.

    Pada bulan Ogos tahun lalu, syarikat itu melancarkan QashierXS iaitu peranti syarikat yang paling ringan dan lebih 700 pedagang baharu menyertai platformnya. Peranti ini menggabungkan keupayaan perisian POS seperti pengurusan pesanan, inventori, kesetiaan pelanggan serta penerimaan pembayaran untuk kad kredit, pembayaran mudah alih, e-dompet, pembayaran QR, pembayaran dalam talian dan kad kesetiaan semuanya pada peranti yang sama.

    Ia memastikan pembayaran dalam talian ke luar talian dan luar talian ke dalam talian yang lancar dengan pilihan pembayaran digital, keselamatan yang dipertingkatkan serta rekod jualan dan pembayaran yang selari. Pedagang juga boleh mengakses QashierHQ di mana mereka menguruskan operasi dalam pejabat mereka dengan mudah melalui pelayaran Internet.

    QashierX2 merupakan penyelesaian semua-dalam-satu, operasi tanpa wayar atau berwayar dengan ketersambungan dengan aksesori Qashier termasuk pencetak, laci wang tunai, sistem paparan dapur dan banyak lagi.

    Hari ini, Qashier mempunyai lebih 6,000 pedagang dalam empat pasaran utama di Singapura, Malaysia, Filipina dan Thailand. Kit permulaan QashierX2 bermula dari RM3,098 untuk 12 bulan atau RM2,898 bagi pra-tempah.

    Anda boleh layari laman web rasmi Qashier untuk tahu lebih lanjut mengenai peranti baharunya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured