More

    Qualcomm anjur Snapdragon Summit SEA di Singapura, perkenal Snapdragon X Series

    Qualcomm hari ini mengadakan Snapdragon Summit SEA di Singapura di mana syarikat itu mempamerkan keupayaan dan spesifikasi teknologi pemproses Snapdragon X Series. Menurut salah seorang jurucakap Qualcomm, misi syarikat adalah untuk menjadikan teknologi lebih mudah diakses oleh orang ramai.

    Oleh itu, Snapdragon X standard dijangka menjadi pilihan yang baik sebagai model permulaan berbanding Snapdragon X Plus dan Snapdragon X Elite. Daripada segi prestasi, Qualcomm menjanjikan kecekapan tenaga yang lebih baik berbanding pemproses Intel Core 5 120U serta jangka hayat bateri yang lebih panjang dalam pelbagai ujian.

    Seperti model lain dalam siri Snapdragon X, cip Snapdragon X standard ini dilengkapi dengan NPU 45 TOPS yang menyokong ciri Microsoft Copilot+. Selain itu, pemproses Qualcomm Oryon dalam cip ini mempunyai lapan teras yang mampu mencapai kelajuan sehingga 3GHz. Ia juga dibina menggunakan nod proses 4nm yang sama seperti model lain dalam siri Snapdragon X.

    Snapdragon X turut menyokong memori RAM LPDDR5x, sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, USB 4.0 dan rangkaian 5G. Dengan spesifikasi ini, Qualcomm yakin siri Snapdragon X dapat memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna dalam pelbagai aplikasi dan peranti.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...