More

    Qualcomm anjurkan #SnapdragonKickUps: Menangi tiket perlawanan Machester United di San Diego, USA

    Qualcomm Technologies Inc. akan menganjurkan acara #SnapdragonKickUps untuk menghantar peminat Snapdragon mengikuti Komuniti Snapdragon Insiders ke San Diego untuk menyaksikan perlawanan Manchester United di Stadium Snapdragon.

    Pasukan Manchester United akan berlawan dengan kelab Wales Wrexham A.F.C di Stadium Snapdragon di San Diego. Mereka yang ingin memenangi tiket ini hendaklah melengkapkan langkah berikut:

    1. Ikuti akaun Instagram rasmi Snapdragon Malaysia.
    2. Rakam video pendek menendang (juggling) bola sepak mengikut keperluan acara tertentu.
    3. Siarkan video ke Instagram dengan hashtag #SnapdragonKickUps
    4. Tag @Snapdragon_Malaysia dan rakan anda.

    Acara ini terbuka kepada penduduk sah di Malaysia yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Mei 2023. Pemenang diumumkan pada 1 Jun 2023 dan mengikuti perlawanan pada 25 Julai 2023 di Stadium Snapdragon di San Diego.

    Pemenang akan menerima satu tiket ke perlawanan di Stadium Snapdragon antara Manchester United dan Wrexham A.F.C. pada 25 Julai 2023, tambang penerbangan pergi dan balik ke San Diego, penginapan hotel sepanjang tempoh penginapan anda dan telefon pintar premium yang dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Snapdragon 8 Gen 2 untuk Galaxy.

    Pergi ke SnapdragonKickUps.com atau akaun rasmi Snapdragon Malaysia di Instagram untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured