More

    Qualcomm bakal lancarkan cip Snapdragon 8 Elite 2 pada hujung September ini

    Qualcomm telah mengesahkan bahawa cip pemprosesan mudah alih terbaharunya, Snapdragon 8 Elite 2, akan dilancarkan secara rasmi pada acara Snapdragon Summit yang dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 25 September 2025 di Hawaii.

    Pengumuman ini dibuat semasa pembentangan syarikat di Computex 2025 yang menandakan perubahan dari jadual pelancaran tradisional pada bulan Oktober yang bertujuan untuk memberikan kelebihan kepada pengeluar Android menjelang musim cuti dan pelancaran iPhone 17 oleh Apple.

    Snapdragon 8 Elite 2 menggunakan proses 3nm N3P oleh TSMC dijangka menawarkan peningkatan prestasi yang signifikan berbanding pendahulu dengan konfigurasi CPU 6+2 dan GPU Adreno yang dinaik taraf memberikan peningkatan prestasi grafik sehingga 30%. Selain itu, cip ini akan menggabungkan set arahan Arm v9 dan teras CPU Nuvia milik Qualcomm.

    Antara peranti pertama yang dijangka menggunakan Snapdragon 8 Elite 2 termasuk siri Xiaomi 16, OnePlus 15 dan realme GT8 Pro dengan pelancaran dijangka seawal Oktober 2025. Walau bagaimanapun, Samsung mungkin tidak akan menggunakan cip ini untuk siri Galaxy S26 dan sebaliknya memilih untuk menggunakan cip Exynos 2600 mereka sendiri.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Notebookcheck

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured