More

    Qualcomm bakal lancarkan cipset 6nm baru, Snapdragon 775G

    Qualcomm sedang berusaha untuk menghasilkan cipset flagship terbarunya iaitu Snapdragon 875 yang bakal menggunakan proses 5nm. Ia dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini dan akan mula digunakan pada peranti flagship awal tahun hadapan.

    Kini, sumber terbaru menyatakan bahawa Qualcomm bakal melancarkan sebuah lagi cipset baru seiring dengan pelancaran cipset Snapdragon 875 mereka. Cipset baru tersebut akan menggunakan proses 6nm dan diberi nama Snapdragon 775G.

    Cipset Snapdragon 775G ini dikatakan adalah cipset generasi baru yang menggantikan Snapdragon 765G yang banyak digunakan dalam peranti terkenal tahun ini seperti OnePlus Nord dan LG Velvet.

    Cipset Snapdragon 775G ini dikatakan akan mempunyai kelajuan CPU yang lebih pantas sebanyak 40% dan kebolehan GPU yang lebih baik sebanyak 50% berbanding Snapdragon 765G. Ia juga dikatakan akan menyokong skrin 120Hz, RAM 12GB LPDDR5 dan storan UFS 3.1 256GB. Sama seperti Snapdragon 765G, ia juga bakal menyokong rangkaian 5G.

    Adakah cipset ini bakal digunakan oleh peranti kelas pertengahan premium pada tahun hadapan? Nantikan berita lanjut mengenai cipset ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured