More

    Qualcomm bakal lancarkan cipset siri Snapdragon 7 17 Mac ini

    Qualcomm hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara pelancaran produk baharu untuk platform mudah alih Snapdragon pada 17 Mac ini. Ia dijangka membawa cip baharu SM7475 iaitu cip siri Snapdragon 7 baharu.

    Cip SM7475 ini sebelum ini dianggap sebagai Snapdragon 7+ Gen 1 atau Snapdragon 7 Gen 2 tetapi kali ini mungkin ada nama baharu. Mengikut skor ujian telefon realme GT Neo5 SE, cip SM7475 adalah berdasarkan proses 4nm TSMC.

    Ia menggunakan CPU octa-core 2.95Ghz+2.5Ghz+1.79Ghz, GPU Adreno 730 dan skor ujian AnTuTu mendapat 1029731 mata mengalahkan Dimensity 8200. Skor ujian Geekbench 5 bagi cip SM7475 mempunyai skor teras tunggal sebanyak 1232 mata dan skor berbilang teras sebanyak 4095 mata.

    Skor ujian ini lebih tinggi daripada Dimensity 8200 dan setanding dengan Dimensity 9000. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured