More

    Qualcomm bakal umum cipset Snapdragon 8 Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit November ini

    Qualcomm telah memperkenalkan barisan cipset generasi baharunya yang terdiri daripada Snapdragon W5 dan W5+ beberapa jam yang lalu. Kemudian, syarikat itu juga mendedahkan tarikh Snapdragon Summit yang seterusnya. 

    Seperti biasa, acara tahunan ini akan berlangsung di Hawaii sepanjang tiga hari yang dijadualkan pada 15-17 November. Ia agak pelik kerana acara tahunan ini selalunya berlangusng pada bulan Disember.

    Pada masa ini juga, kami menjangka Qualcomm akan mengumumkan cipset akan datang iaitu Snapdragon 8 Gen 2. Ia akan diikuti dengan beberapa cipset yang lain yang mungkin akan mula digunakan pada pertengahan November.

    Walaupun Qualcomm tidak menyatakan sebab mereka memindahkan tarikh Snapdragon Summit ke November untuk 2022, ia mungkin berkait dengan pasaran telefon pintar China yang mempunyai lonjakan besar dalam jualan untuk Tahun Baru Cina. Oleh itu, pelancaran awal cip akan membantu pengeluaran telefon pintar di China sebelum perayaan tersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured