More

    Qualcomm dan Apple lanjutkan perjanjian modem 5G hingga 2026

    Laporan sebelum ini menyebut bahawa Apple bakal menggunakan cipset 5G buatan sendiri menjelang 2025 selepas berakhirnya kontrak perjanjian bersama Qualcomm. Namun, laporan tersebut disangkal dengan pemeteraian perjanjian baharu Qualcomm bersama Apple sehingga 2026.

    Apple akan terus menggunakan modem Qualcomm 5G selama sekurang-kurangnya tiga tahun. Perjanjian baharu itu akan meliputi pelancaran iPhone pada 2024, 2025 dan 2026 manakala perjanjian sebelumnya ditetapkan untuk tamat tempoh akhir tahun ini. Berita sebelum ini membuat spekulasi bahawa Apple akan menggunakn modem 5G sendiri pada 2025.

    Apple kekal sebagai pelanggan terbesar Qualcomm yang menyumbang hampir satu perempat daripada pendapatan pembuat cip itu. Apple secara aktif sedang membangunkan modem 5G sendiri walaupun terdapat beberapa masalah undang-undang berhubung paten yang dimiliki oleh Qualcomm yang tamat tempoh pada 2029 dan 2030.

    Apple berharap untuk membangunkan modem 5G sendiri yang boleh disepadukan pada cipset siri A dengan manfaat bateri dan prestasi yang besar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...