More

    Qualcomm dan Ferrari bekerjasama hasilkan teknologi kereta dengan Snapdragon Digital Chassis

    Pada hari ini, Qualcomm Technologies, Inc. dan Ferrari N.V. mengumumkan kerjasama teknologi strategik yang bertujuan membantu mempercepatkan transformasi digital Ferrari. Qualcomm Technologies akan bertindak sebagai penyedia penyelesaian sistem Ferrari untuk kereta jalan raya Ferrari yang akan datang serta sebagai Rakan Kongsi Premium untuk pasukan Formula 1 Scuderia Ferrari dan pasukan Ferrari eSports.

    Kerjasama ini akan menggunakan Snapdragon Digital Chassis yang terdiri daripada platform bersambung awan (cloud-connected) terbuka dan boleh skala untuk kenderaan generasi akan datang. Ia merangkumi telematik dan ketersambungan, kokpit digital serta fungsi ADAS dan menggunakan seni bina bersatu untuk peningkatan keselamatan dan pengalaman digital yang mendalam yang boleh dikemas kini sepanjang hayat kenderaan. 

    Selain itu, Qualcomm Technologies dan rakan kongsinya juga akan bekerjasama dengan Ferrari untuk mereka bentuk, membangun dan menyepadukan kokpit digital Ferrari. Qualcomm Technologies akan mula berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Premium pasukan Formula 1 Scuderia Ferrari pada permulaan musim perlumbaan Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA 2022 di mana Snapdragon akan ditampilkan pada tempat duduk tunggal F1-75 Scuderia Ferrari baharu. Aktiviti eSports Maranello marque juga akan menjadi sebahagian daripada perkongsian rasmi.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Benedetto Vigna mengatakan kerjasama ini telah mengembangkan pengetahuan mereka dalam teknologi digital dan bidang web 3.0 yang berpotensi besar untuk automotif dan sukan permotoran yang membantu dalam menghasilkan produk terbaik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured