More

    Qualcomm dan Xiaomi lanjut kerjasama, fokus bangunkan peranti pintar bersama

    Qualcomm Technologies dan Xiaomi Corporation hari ini mengumumkan lanjutan kerjasama strategik menerusi satu perjanjian berbilang tahun yang akan memfokuskan kepada pembangunan bersama teknologi telefon pintar premium. Perjanjian baharu ini menandakan sambungan kepada hubungan kerjasama selama 15 tahun antara kedua-dua syarikat.

    Melalui kerjasama ini, Xiaomi akan terus menggunakan cip siri Snapdragon 8 keluaran Qualcomm dalam barisan telefon pintar premium untuk beberapa generasi akan datang. Xiaomi juga disahkan sebagai antara pengeluar terawal yang akan mengguna pakai cip siri Snapdragon 8 generasi baharu yang bakal diperkenalkan akhir tahun ini.

    Sebelum ini, Xiaomi telah berjaya melancarkan model 15 yang dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite dan diiktiraf sebagai cip mudah alih terpantas di dunia. Dalam bidang automotif pula, Xiaomi memilih platform Snapdragon Cockpit dan penyelesaian rangkaian 5G daripada Qualcomm untuk melengkapi model kereta pertamanya, SU7, yang dilancarkan pada tahun 2023.

    Teknologi Wi-Fi 7 Qualcomm turut digunakan dalam rangkaian produk rumah pintar Xiaomi untuk memastikan sambungan internet yang pantas dan stabil. Untuk peranti boleh pakai, kerjasama ini telah membuahkan hasil menerusi produk seperti Xiaomi Buds 5 Pro dan Xiaomi Watch 2 Pro yang menggunakan cip Snapdragon terkini khusus untuk audio dan jam pintar.

    Kedua-dua syarikat turut merancang untuk bekerjasama dalam membangunkan kecerdasan buatan (AI) berasaskan peranti. Ini termasuk telefon pintar, sistem dalam kenderaan, peranti boleh pakai dan pelbagai teknologi masa hadapan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured