More

    Qualcomm lancarkan cipset Snapdragon 778G, realme dan HONOR antara pengguna terawal

    Syarikat semikonduktor dari Amerika Syarikat (AS) Qualcomm telah melancarkan cipset telefon pintar kelas pertengahan yang terbaru iaitu Snapdragon 778G yang dihasilkan dengan proses 6nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC).

    Cipset tersebut akan dilengkapi lapan teras CPU, terdiri daripada satu teras utama Kryo 670 2.4GHz, tiga teras Kryo 670 2.2GHz dan empat teras Kryo 670 1.9GHz. Untuk unit pemproses grafik, ia dilengkapi Adreno 642L. Snapdragon 778G akan menyokong skrin 1080p dengan kadar segar semula 144Hz, tiga pemproses signal imej (ISP), rangkaian 5G dan hubungan Wi-Fi 6E.

    Beberapa jenama telefon telah pun mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan produk yang dilengkapi cipset Snapdragon 778G. Ini termasuklah realme yang akan melancarkan realme Quicksilver dan HONOR dalam siri HONOR 50.

    Jenama lain yang dilaporkan bakal menggunakan cipset tersebut adalah Xiaomi, Motorola, OPPO dan iQOO namun nama telefon spesifik daripada setiap jenama tersebut masih belum diumumkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Snapdragon 778G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured