More

    Qualcomm lancarkan Snapdragon 678, cipset terbaru untuk telefon kelas pertengahan

    Qualcomm Technologies Inc telah melancarkan cipset Snapdragon 678 Mobile Platform iaitu cipset kelas pertengahan dan pengganti kepada Snapdragon 675. Cipset itu dilengkapi unit CPU Qualcomm Kryo 460 dengan kelajuan clock sehingga 2.2GHz dan unit GPU Qualcomm Adreno 612.

    Untuk fotografi, cipset ini dilengkapi pemproses imej Spectra 250L ISP yang menyokong sehingga tiga kamera, 48MP, Laser Autofocus, rakaman 4K, zum optikal 5x, sokongan dwi-kamera 16MP dan mod fotografi seperti mod malap serta mod potret.

    Unit modem Snapdragon X12 LTE pula menyokong kelajuat muat turun sehingga 600 Mbps dan muat naik sehingga 150 Mbps.

    Sebelum ini, antara telefon terlaris yang dilengkapi Snapdragon 675 adalah vivo S1 Pro, Redmi Note 7 Pro, Samsung Galaxy A70s dan Galaxy M40, jadi mungkin kita boleh jangkakan sekuel kepada telefon-telefon ini untuk dilengkapi Snapdragon 678.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon Snapdragon 678 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured