More

    Qualcomm lancarkan teknologi audio S5 dan S3 Gen 2 Sound Platform serta AR2 Gen 1

    Selain melancarkan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 semalam dalam acara Qualcomm Summit 2022, syarikat semikonduktor itu turut memperkenalkan beberapa teknologi baharu yang akan dilengkapkan dalam peranti-peranti tahun hadapan.

    Pertama sekali adalah platform audio Qualcomm S5 Gen 2 Sound Platform dan Qualcomm S3 Gen 2 Sound Platform yang menyokong teknologi Snapdragon Sound. Platform baharu ini menyediakan audio ruangan (spatial audio) dengan jejakan kepala dinamik (dynamic head tracking), penstriman muzik secara lossless dan latency serendah 48 milisaat sewaktu bermain game.

    Ia juga menawarkan teknologi Qualcomm Adaptive Active Noise Cancellation bagi pembatalan hingar yang lebih sesuai untuk sebarang situasi. Ini termasuklah mod Adaptive Transparency dengan pengesanan percakapan automatik (automatik speech detection) dan membenarkan pengguna untuk mendengar suasana luaran jika mereka memerlukannya.

    Teknologi baharu dalam Qualcomm S5 dan Qualcomm S3 generasi kedua ini disediakan dalam cipset Snapdragon 8 Gen 2.

    Selain itu, Qualcomm turut memperkenalkan Snapdragon AR2 Gen 1 Platform iaitu teknologi yang membenarkan syarikat elektronik untuk membina kaca mata augmented reality (AR) yang lebih canggih dan kecil.

    Snapdragon AR2 Gen 1 ini mengggunakan ruang lebih kecil sebanyak 40 peratus dalam litar PCB berbanding generasi sebelumnya. Pada masa yang sama, ia menawarkan prestasi AI yang lebih pantas sebanyak 2.5 kali ganda sambil mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 50 peratus bagi membantu kaca mata AR menggunakan tenaga serendah 1 watt.

    Untuk hubungan yang pantas, AR2 Gen 1 turut dilengkapi Qualcomm FastConnect 7800 dengan Wi-Fi 7 yang boleh mencapai latency serendah 2 milisaat di antara kaca mata AR dan peranti yang dipautkan. Platform ini turut menyokong FastConnect XR Software Suite 2.0 untuk kawalan data XR yang lebih pantas.

    Untuk para pembina perisian AR pula, Qualcomm menyediakan Snapdragon Spaces XR Developer Platform bagi memudahkan mereka membina kandungan AR untuk AR2 Gen 1.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua teknologi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured