More

    Qualcomm mungkin sedang bina konsol “gaming” mudah alih seperti Nintendo Switch

    Syarikat semikonduktor Qualcomm mungkin sedang membina sebuah konsol gaming mudah alih berasaskan Android yang menyerupai Nintendo Switch. Konsol yang bakal dilengkapi cipset Qualcomm ini mungkin akan dilancarkan pada tahun hadapan.

    Sumber turut menyatakan beberapa spesifikasi untuk konsol tersebut, termasuklah controller yang boleh ditanggalkan, ruang kad memori SD, sistem operasi Android 12, bateri 6,000mAh, skrin berukuran 6.65 inci dengan resolusi 1080p dan sokongan 5G.

    Untuk bersaing dengan Nintendo Switch, ia juga akan dijual pada harga yang serupa, iaitu sekitar US$300 (~RM1,240). Walau bagaimanapun, satu cabaran yang perlu dihadapi oleh Qualcomm untuk menjual peranti ini adalah jumlah game Android yang setakat ini masih tidak seluas game untuk Nintendo Switch.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured