More

    Qualcomm mungkin umumkan cipset Snapdragon 8 Gen 1+ pada bulan Mei

    Kini, khabar angin mengenai Snapdragon 8 Gen 1+ telah mula tersebar di mana ia mungkin dibuat menggunakan nod 4nm TSMC. Ini mencetuskan banyak spekulasi mengenai Snapdragon 8 Gen 1+ yang kurang panas dan prestasinya yang lebih cekap berbanding cipset sebelum ini. 

    Menurut sumber yang boleh dipercayai, ia menyatakan cipset ini akan dirasmikan pada bulan Mei. Ia mungkin mengumumkan sekali peranti yang akan menggunakan cipset tersebut atau sebelum akhir bulan Mei dan tersedia pada bulan Jun. Senarai pelanggan fasa pertama termasuk Lenovo, Motorola, OnePlus dan Xiaomi.

    Nombor model Snapdragon 8 Gen 1 ialah SM8450 manakala Snapdragon 8 Gen 1+ dikenal pasti sebagai SM8475. Ini menandakan bahawa Qualcomm meningkatkan prestasi yang ketara berbanding cipset sebelumnya.

    Cipset siri 7 baharu juga akan muncul pada masa yang sama dan sudahpun berada di tangan pembuat telefon pintar untuk ujian serta persiapan pelancaran produk. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured