More

    Qualcomm sahkan Snapdragon 6s Gen 3 merupakan versi Snapdragon 695 yang dipertingkatkan

    Qualcomm mengesahkan kepada media teknologi Android Authority bahawa cip Snapdragon 6s Gen 3 bukanlah produk baharu tetapi versi dipertingkatkan bagi Snapdragon 695 yang dilancarkan pada 2021. Peningkatan baharu yang dibawakan kepada Snapdragon 6s Gen 3 ialah prestasi CPU, GPU dan fungsi AI.

    Qualcomm mengeluarkan pemproses Snapdragon 6s Gen 3 pada 7 Jun lalu dengan nombor model ialah SM6375-AC yang hampir sama dengan cip Snapdragon 695 (SM6375) dan menggunakan proses 6nm yang sama.

    Kedua-dua set cip berkongsi persediaan CPU, GPU, modem, ciri kamera dan sambungan wayarles yang sama. Qualcomm mengesahkan bahawa Snapdragon 6s Gen 3 ialah Snapdragon 695 yang dipertingkatkan. Laporan sebelum ini menunjukkan Snapdragon 6s Gen 3 dilengkapi dengan CPU Kryo 2.3GHz, GPU Adreno, modem Snapdragon X51 dan tidak menyokong Wi-Fi 6.

    Cipset menyokong sensor kamera sehingga 108MP serta memori LPDDR4X 2133MHz dan memori kilat UFS 2.2. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured