More

    Qualcomm sedang bangunkan cipset andalan Snapdragon 8 Gen 2 untuk atasi Dimensity 9000

    Keluaran cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 baru-baru ini digunakan dalam kebanyakan peranti andalan. Menurut berita di Weibo, pembuat cip tersebut sedang membangunkan Snapdragon 8 Gen 2. Pemberi maklumat turut mengatakan bahawa pengeluaran cipset baharu mungkin dipercepatkan untuk tidak ketinggalan dengan keluaran cipset baharu dari MediaTek.

    Cipset Snapdragon 8 Gen 1 kini digunakan secara beransur-ansur dalam peranti andalan oleh beberapa pengeluar telefon pintar yang popular. Snapdragon 8 Gen 1 hadir dengan peningkatan dan keupayaan lebih baik berbanding cipset sebelum ini. Menurut Mobile Chip Masters di Weibo, dijangka cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 seterusnya akan dilancarkan dalam bulan Mei 2022.

    Snapdragon 8 Gen 2 akan berprestasi lebih baik berbanding cipset premium seperti Snapdragon 8 Gen 1 dan MediaTek Dimensity 9000. Dikatakan juga bahawa Qualcomm membangunkan cipset seterusnya secepat mungkin disebabkan pengeluaran cipset Dimensity 9000, walaupun ia mungkin termasuk dalam kumpulan Snapdragon 8 Gen 1 yang dipindahkan ke TSMC di tengah-tengah krisis cip global yang berlaku sekarang.

    Persaingan sengit antara pembuat cip semasa akan terus mencari dan mengeluarkan pemproses yang tahan lama, cekap dan inovatif untuk mengatasi pesaing lain. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured