More

    Qualcomm Snapdragon 6s Gen 3 dilancar sebagai cipset terbaru untuk telefon mampu milik

    Qualcomm telah melancarkan sebuah cipset baru untuk telefon pintar mampu milik iaitu Qualcomm Snapdragon 6s Gen 3. Ia merupakan cipset Snapdragon 695 dan Snapdragon 6 Gen 1 yang telah diubahsuai secara overclock.

    Cipset ini ditawarkan dalam varian 4G (SM-6370) dan 5G (SM6375-AC). Ia dibina dengan nod proses 6nm dan mempunyai lapan teras CPU, terdiri daripada dua Cortex A78 2.3GHz dan enam Cortex-A55 2.0GHz.

    Ia turut mempunyai GPU Adreno 619 dan modem FastConnect 6200. Ia menyokong penggunaan RAM LPDDR4X dan storan dalaman UFS 2.2, manakala untuk pengimejan pula, ia mempunyai Spectra Triple ISP yang menyokong tiga kamera sehingga 108MP, mengambil gambar malap dengan bantuan AI dan boleh merakam video 1080p 60fps.

    Cipset ini juga menyokong penggunaan skrin Full HD+ dengan kadar segar semula 120Hz, serta teknologi Quick Charge 4+ untuk pengecasan bateri yang pantas.

    Telefon pertama yang akan menggunakan cipset ini ialah Motorola G85. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured