More

    Qualcomm Snapdragon 778G 5G dilancar : Saiz 6nm, modem 5G SD X53, Quick Charge 5

    Terbaru, Qualcomm telah melancarkan satu lagi cipset kelas pertengahan yang diberi nama Snapdragon 778G. Cipset baru ini bersaiz 6nm dan ianya dilihat mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan cipset Snapdragon 780G.

    Cipset Snapdragon 778G hadir dengan teras CPU Cortex-A78 khas setinggi 2.4Ghz dan GPU Adreno 642L yang menyokong Vulkan 1.1, OpenGL 3S 3.1, OpenCL 2.0 FP, HDR10+ dan HDR. Ia juga menyokong skrin beresolusi FullHD+ dengan kadar segar semula setinggi 144Hz.

    Cipset ini juga menggunakan tiga ISP Qualcomm Spectra 570 dan 6th-Gen AI Engine untuk pengoptimuman AI dan pemprosesan imej. Ia turut menawarkan ciri Snapdragon Elite Gaming untuk pengalaman gaming yang lebih baik.

    Untuk sokongan 5G, cipset ini menggunakan modem Snapdragon X63 5G yang memberikan prestasi muat turun sepantas 3.3Gbps. Ia juga menyokong kedua-dua jaringan 5G jenis mmWave dan sub-6 Ghz. Akhir sekali, ia menyokong Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2, NFC, Qualcomm 3D Sonic Max dan Quick Charge 5.

    Berdasarkan sumber dalam talian, cipset ini mungkin akan pertama kali digunakan oleh telefon pintar HONOR 50.

    Adakah anda berminat dengan cipset ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured