More

    Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3 dilancar: Cipset 4nm untuk telefon pintar kelas pertengahan

    Qualcomm hari ini mengumumkan cipset terbaru untuk kegunaan telefon pintar kelas pertengahan iaitu Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3. Cipset kali ini mengetengahkan prestasi kecerdasan buatan (AI) yang membenarkan pemprosesan fungsi-fungsi AI generatif dalam peranti mampu milik.

    Cipset ini menyokong pelbagai Model Bahasa Besar (LLM) seperti Baichuan-7B dan Llama 2 dalam parameter 1B. Ia juga mempunyai NPU AI Engine yang menyokong fungsi-fungsi berdasarkan AI seperti pembatalan hingar dan pengurangan noise dalam gambar, serta penterjemahan dan transkripsi multi-bahasa.

    Daripada segi prestasi, cipset ini dibina dengan nod proses 4nm dan menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 20%, GPU sebanyak 40% dan pemprosesan AI sebanyak 30% berbanding Snapdragon 7s Gen 2. Ia juga menggunakan tenaga yang lebih rendah sebanyak 12% berbanding Snapdragon 7s Gen 2.

    Lapan teras CPU-nya terdiri daripada satu teras Prime 2.5GHz, tiga teras Performance 2.4GHz dan empat teras Efficiency 1.8GHz. Ia menyokong RAM sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 3.1.

    Cipset ini menyokong skrin dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula sehingga 144Hz. Untuk pemprosesan game, ia menawarkan Adaptive Performance Engine 3.0, Variable Rate Shading, Adreno HDR Fast Blend dan Vulkan 1.3 API.

    Untuk pengimejan pula, ia mempunyai Spectra Triple ISP yang menyokong gambar sehingga 200MP, rakaman video 4K sHDR, serta membenarkan rakaman menggunakan beberapa kamera serentak, dengan pemprosesan pantas dan zum yang lancar. Untuk hubungan wayarles, ia menyokong hubungan 5G mmWave, Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.4.

    Xiaomi bakal menjadi jenama teknologi pertama yang memperkenalkan telefon dengan cipset baharu ini, ia dijangka akan dilancar pada bulan hadapan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...