More

    Qualcomm Snapdragon 7s Gen 4 dilancar dengan ciri AI, gaming dan kamera 200MP

    Qualcomm hari ini memperkenalkan cip pemproses Snapdragon 7s Gen 4 dengan proses 4nm baharu untuk segmen pertengahan yang menumpukan kepada peningkatan prestasi, kecerdasan buatan (AI) dan pengalaman permainan mudah alih lebih lancar.

    Snapdragon 7s Gen 4 mengekalkan susunan 1+3+4 teras seperti generasi terdahulu, namun teras utama kini dipertingkat kepada 2.7GHz. Ia menghasilkan peningkatan sekitar 7% pada CPU dan GPU berbanding Snapdragon 7s Gen 3. Untuk paparan, cip ini menyokong skrin ultra-lebar dengan resolusi sehingga 2900 × 1300 piksel pada kadar segar semula 144Hz.

    Qualcomm turut membawakan ciri Elite Gaming termasuk Variable Rate Shading dan Adreno Frame Motion Engine 2.0 bagi memastikan kadar bingkai stabil tanpa mengorbankan kecekapan kuasa. Di samping itu, keupayaan AI dalam Snapdragon 7s Gen 4 meningkat sehingga 30% yang menyokong model generatif secara terus pada peranti.

    Untuk fotografi, cip ini hadir dengan Spectra Triple ISP yang menyokong sehingga 200MP, rakaman video 4K HDR dan pemprosesan imej berkuasa AI untuk hasil lebih jelas serta warna lebih tepat. Ciri pengecasan turut dikekalkan dengan sokongan Quick Charge 4+ untuk pengecasan pantas.

    Peranti pertama yang dijangka menggunakan Snapdragon 7s Gen 4 ialah Redmi Note 15 Pro Plus yang dijadual dilancarkan pada 21 Ogos 2025. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured