More

    Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 dilancar: Cipset telefon 5G premium, sokong kelajuan internet 10Gbps

    Dalam acara Qualcomm Snapdragon Tech Summit 2021 pada hari ini, Qualcomm telah memperkenalkan cipset telefon pintar andalan terbaru iaitu Snapdragon 8 Gen 1 5G. Cipset tersebut bakal dilengkapi komponen tercanggih untuk rangkaian 5G, kecerdasan buatan (AI), gaming, fotografi, Wi-Fi dan Bluetooth.

    Snapdragon 8 Gen 1 akan dilengkapi modem Snapdragon X65 5G yang menyokong kelajuan internet sehingga 10 gigabit sesaat serta teknologi Qualcomm FastConnect 6900 Mobile Connectivity System untuk kelajuan Wi-Fi sehingga 3.6Gbps.

    Untuk kamera, ia menampilkan pemproses signal imej (ISP) 18-bit pertama untuk telefon pintar, di mana ia boleh merakam lebih banyak data sebanyak 4,000 kali ganda dengan kelajuan 3.2 gigapiksel sesaat. Ia turut menyokong rakaman video HDR10+, mod Bokeh Engine dan Always-On ISP.

    Bagi meningkatkan prestasi AI, cipset ini dilengkapi pemproses Qualcomm Hexagon untuk kelajuan tensor accelerator dan memori terkongsi (shared memory) sebanyak dua kali ganda berbanding Snapdragon 888. Ia boleh mengimbas suara pengguna untuk menilai tahap kesihatan sama ada mereka dijangkiti asma, kemurungan atau COVID-19. Qualcomm Sensing Hub generasi ketiga juga akan membenarkan lebih banyak pemprosesan data dengan penggunaan tenaga yang rendah.

    Untuk gaming pula, cipset ini dilengkapi unit pemproses grafik Qualcomm Adreno yang menawarkan prestasi janaan grafik sebanyak 30% dan penjimatan kuasa sebanyak 20% berbanding Snapdragon 888. Teknologi Adreno Frame Motion Engine pula menawarkan kadar bingkai yang lebih tinggi tanpa meningkatkan penggunaan kuasa, manakala Variable Rate Shading Pro membenarkan pembina untuk menghasilkan game yang lebih stabil.

    Daripada segi keselamatan, ini adalah cipset Snapdragon pertama yang dilengkapi Trust Management Engine dan Root of Trust untuk keselamatan yang lebih tinggi. Ia turut menyokong Android Ready SE yang boleh menyimpan data kunci kereta digital, lesen memandu dan banyak lagi dengan selamat.

    Teknologi audio pula terdiri daripada Bluetooth 5.2 dan Qualcomm aptX Lossless Technology untuk kualiti bunyi yang lebih jelas dalam setiap penggunaan. Qualcomm mengatakan jenama telefon yang bakal menawarkan cipset ini termasuklah Black Shark, HONOR, iQOO, Motorola, Nubia, OnePlus, OPPO, realme, Redmi, SHARP, Sony, vivo, Xiaomi dan ZTE.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured