More

    Qualcomm Snapdragon 8 Gen 5 bakal tiba secara rasmi pada 26 November ini

    Qualcomm akhirnya mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk cip andalan terbaharu Snapdragon 8 Gen 5 yang akan diperkenalkan pada 26 November 2025. Cip ini pertama kali disebut pada Snapdragon Summit di Maui, Hawaii pada September lalu, namun tanpa sebarang butiran teknikal ketika itu.

    Walaupun spesifikasi lengkap masih belum didedahkan sepenuhnya, Snapdragon 8 Gen 5 hadir sebagai platform mudah alih yang menawarkan pilihan lebih fleksibel kepada pengeluar sambil mengekalkan ciri-ciri kelas mercu. Apa yang sudah disahkan, Snapdragon 8 Gen 5 dibina menggunakan proses 3nm, sama seperti varian lebih premium, Snapdragon 8 Elite Gen 5.

    Namun, terdapat beberapa perbezaan ketara pada kelajuan teras. Cipset Gen 5 biasa hadir dengan kelajuan maksimum 3.8GHz untuk teras utama dan 3.32GHz teras prestasi manakala 8 Elite Gen 5 mencapai sehingga 4.6GHz untuk teras utama dan 3.62GHz teras prestasi. Pada awalnya, cip ini dijangka menggunakan konfigurasi 1+7 tetapi sumber mendakwa ia sebenarnya akan menggunakan konfigurasi 2+6 sama seperti model Elite.

    Ini bermaksud dua teras utama serta enam teras prestasi untuk imbangan kuasa dan kecekapan yang lebih baik. Sumber sama turut mendakwa bahawa Snapdragon 8 Gen 5 akan menggunakan GPU Adreno 840, namun prestasinya dijangka tidak setanding Adreno 840 pada versi Elite disebabkan optimasi dan tetapan kuasa yang berbeza.

    Nantikan pengumuman Snapdragon 8 Elite Gen 5 untuk gambaran lebih jelas mengenai teknologi generasi baharu cip Qualcomm. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured