More

    Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4 diumumkan dengan CPU Kryo dan GPU Adreno 825

    Qualcomm secara rasmi telah melancarkan cipset mudah alih premium terbaharunya dengan Snapdragon 8s Gen 4. Dikenali dengan nombor model SM8735, cip ini dihasilkan menggunakan nod proses 4nm TSMC N4P dan menawarkan prestasi serta kecekapan tenaga yang lebih baik berbanding pendahulunya.

    Tidak seperti cip utama Snapdragon 8 Elite yang menggunakan teras Oryon, Snapdragon 8s Gen 4 hadir dengan CPU Kryo yang lebih lama tetapi masih berkuasa. Snapdragon 8s Gen 4 dilengkapi dengan satu teras Cortex-X4 utama dengan kelajuan sehingga 3.2GHz, tiga teras Cortex-A720 pada 3.0GHz, dua teras Cortex-A720 pada 2.8GHz dan dua teras Cortex-A720 pada 2.0GHz.

    Menurut Qualcomm, cip ini memberikan peningkatan prestasi sebanyak 31% berbanding Snapdragon 8s Gen 3 dengan pengurangan tenaga sebanyak 39% menjadikannya lebih cekap untuk penggunaan harian dan permainan mudah alih. Daripada segi grafik, cip hadir dengan GPU Adreno 825 yang dikatakan menawarkan peningkatan sebanyak 49% berbanding model terdahulu.

    Ia juga menyokong teknologi pegesanan sinar (ray tracing) secara langsung dan ciri permainan Snapdragon Elite Gaming seperti Snapdragon Game Super Resolution 2.0 dan Adreno Image Motion Engine 2.0 untuk pengalaman permainan yang lebih lancar serta realistik.

    Selain itu, pemproses NPU Hexagon yang telah ditingkatkan mampu memberikan prestasi AI yang 44% lebih baik dalam tugasan pemprosesan pada peranti. Qualcomm turut memperkenalkan pemproses isyarat imej (ISP) tiga kali ganda 18-bit yang menyokong sensor kamera sehingga 320MP dan rakaman video 4K60fps HDR.

    Snapdragon 8s Gen 4 dilengkapi dengan modem Snapdragon X75 5G yang menawarkan kelajuan muat turun sehingga 4.2Gbps namun hanya menyokong spektrum sub-6GHz dan bukan mmWave yang lebih pantas. Sambungan lain termasuk menyokong Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6.0. Cip ini juga menyokong storan UFS 4.0, RAM LPDDR5X dan sambungan USB 3.1 Gen 2.

    Selain itu, teknologi Extended Personal Area Network (XPAN) yang diperkenalkan oleh Qualcomm membolehkan penghantaran bunyi menggunakan Wi-Fi dengan sokongan pada peranti seperti Xiaomi Buds 5 Pro. Snapdragon 8s Gen 4 dijangka akan membuat kemunculan pertama pada telefon pintar iQOO Z10 Turbo yang bakal dilancarkan akhir bulan ini.

    Beberapa jenama lain seperti Xiaomi, Oppo dan Meizu juga dijangka akan mengeluarkan peranti dengan cipset ini dalam masa terdekat. Dengan peningkatan prestasi yang ketara, kecekapan tenaga yang lebih baik serta keupayaan AI dan grafik yang canggih, Snapdragon 8s Gen 4 bakal menjadi pilihan utama untuk telefon pintar premium tahun ini.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured