More

    Qualcomm Snapdragon Wear Elite: NPU pertama dalam “wearable”, 5G RedCap dan AI

    Qualcomm mengumumkan Snapdragon Wear Elite iaitu platform Personal AI untuk peranti boleh pakai yang menyokong Wear OS by Google, Android dan Linux. Ia didakwa sebagai platform boleh pakai pertama dengan NPU terbina dalam bagi pemprosesan AI terus pada peranti.

    Platform ini mengintegrasikan Qualcomm Hexagon NPU yang menyokong model sehingga bilion parameter di edge bersama sensor fusion dan pemprosesan kuasa rendah untuk pengalaman AI kontekstual seperti interaksi suara semula jadi, cadangan pintar dan ejen AI yang boleh melaksanakan tugasan bagi pihak pengguna.

    Qualcomm menyatakan peningkatan 5x CPU single-core dan sehingga 7x GPU berbanding Snapdragon W5+ Gen 2. Ia turut menyokong bateri berbilang hari, penggunaan harian 30% lebih lama serta pengecasan 50% dalam kira-kira 10 minit.

    Snapdragon Wear Elite memperkenalkan seni bina sambungan multi-mod dengan enam teknologi seperti 5G RedCap, Micro-Power Wi-Fi, Bluetooth 6.0, UWB, GNSS dan NB-NTN untuk pemesejan satelit dua hala apabila tiada liputan selular atau Wi-Fi.

    Snapdragon Wear Elite akan menyokong ekosistem termasuk Google, Motorola dan Samsung dengan peranti komersial pertama dijangka diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured