More

    Qualcomm tunjukkan hasil penanda aras rasmi Snapdragon 888, markah AnTuTu 735,439!

    Pada awal bulan ini, Qualcomm telah melancarkan cipset andalan terbaru mereka, Snapdragon 888 yang menggantikan cipset Snapdragon 865. Terbaru, mereka telah menunjukkan hasil penanda aras rasmi untuk cipset Snapdragon 888 ini.

    Ujian penanda aras untuk cipset ini telah dilakukan pada peranti khas Qualcomm yang hadir dengan RAM LPDDR5 12GB, storan 512GB UFS 3.0 dan skrin 6.65 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

    Setiap ujian penanda aras telah dilakukan selama tiga kali dan markah tersebut dibahagikan pada tiga untuk ketepatan markah yang lebih baik.

    Barisan penanda aras yang telah diuji oleh Qualcomm termasuklah AnTuTu, GeekBench, GFXBench Aztec Normal, Manhattan 3.0, Ludashi AiMark, AITuTu, MLPerf dan UL procyon.

    Berikut adalah hasil penanda aras rasmi cipset Snapdragon 888 :

    Pada penanda aras AnTuTu, ia telah mendapat markah yang paling tinggi setakat ini iaitu 735,439. Manakala untuk penanda aras GeekBench pula, ia dilihat mempunyai peningkatan sebanyak 10% untuk teras tunggal dan 20% untuk teras pelbagai berbanding cipset Snapdragon 865.

    Cipset Snapdragon 888 ini akan digunakan buat kali pertama pada peranti Xiaomi Mi 11 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

    Adakah anda teruja dengan cipset andalan Qualcomm ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured