More

    Qualcomm umumkan kerjasama dengan Razer, hasilkan peranti mudah alih “gaming”

    Tidak lama selepas mengumumkan platform Snapdragon 8 gen 1 untuk telefon, Qualcomm turut melancarkan sebuah lagi teknologi baharu yang dipanggil Platform Gaming Snapdragon G3x Gen 1 untuk Android, Windows PC dan ekosistem Chromebook.

    Seperti namanya, ia merupakan platform baharu untuk gaming tetapi mebawakan kelainan dengan membolehkan anda menjalankan semua game pada Android, memainkan kandungan daripada perpustakaan gaming awan, strim game daripada konsol rumah atau PC dan menikmati hiburan daripada aplikasi Android kegemaran anda.

    Snapdragon G3x ialah cipset gaming generasi seterusnya yang akan menyokong gaming pada Android untuk beroperasi pada 144Hz dan kualiti HDR 10-bit bersama GPU Qualcomm Adreno.

    Dikuasakan bersama Qualcomm FastConnect 6900 Mobile Connectivity yang menampilkan WiFi 6 dan 6E, sambungan 5G mmWave dan sub-6nya boleh menyediakan gaming awan sambil menstrim melalui perkhidmatan seperti Xbox Cloud Gaming atau Steam Remote Play.

    Selain itu, Qualcomm turut menyenaraikan ciri utama lain pada Snapdragon G3x seperti:

    • Teknologi Snapdragon Sound yang dioptimumkan untuk kualiti bunyi yang lebih sempurna ketika sesi bermain game.
    • Sokongan AKSys yang menyediakan teknologi pemetaan kawalan membolehkan penggunaan menyambung pengawal terbina di dalam untuk merentas pelbagai game.
    • Menyokong kawalan berbilang skrin melalui USB-C ke peranti yang menggunakan cipset Snapdragon G3x.
    • Membenarkan peranti bertindak sebagai pengawal kepada televisyen dengan paparan 4K.

    Qualcomm juga mengumumkan kerjasama dengan Razer untuk membina Snapdragon G3x Handheld Gaming Developer Kit yang pertama. Tersedia secara eksklusif mulai hari ini dan pembangun peranti boleh memanfaatkan teknologi ini untuk:

    • Paparan: OLED 6.65 inci dengan resolusi FHD+ dan HDR 10-bit: Beroperasi sehingga 120hz dan paparan OLED dengan lebih satu bilion warna.
    • Prestasi: Menyediakan prestasi tinggi secara berterusan yang membolehkan sesi gaming bertahan lama.
    • Alat Penstriman: Kamera web 5MP/1080p60 dengan dua mikrofon yang boleh digunakan pemain untuk merakam diri mereka ketika sesi gaming dan strim kepada penonton.
    • Kesambungan: 5G mmWave, sub-6 dan Wi-Fi 6E untuk muat naik dan muat turun serta sambungan terpantas dengan kadar respon yang sangat tinggi
    • Ergonomik: Kawalan yang seimbang dan mudah digenggam untuk sesi gaming yang selesa dalam tempoh yang panjang. Kit pembangun juga mempunyai pemetaan pengawal terbina dalam daripada AKSys seperti yang dinyatakan di atas.
    • Snapdragon Sound: Terdapat 4 pembesar suara pada peranti yang menyalurkan audio. Apabila anda memasangkannya kepada fon telinga yang mempunyai ciri Snapdragon Sound, anda akan menikmati pengalaman audio tanpa wayar dengan sambungan yang sangat responsif

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...