More

    Rakam nyanyian dan anda berpeluang menangi televisyen 4K Toshiba!

    Toshiba Malaysia kini sedang menganjurkan pertandingan menyanyi Hit the High Notes dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai akaun media sosial. Sepanjang bulan Ogos ini, anda boleh menyertai pertandingan ini dengan merakam video nyanyian anda selama satu minit dan muat naik ke mana-mana aplikasi media sosial yang umum.

    Pemenang akan membawa pulang televisyen Toshiba Quantum Dot 4K 65” M450N yang dilengkapi teknologi Quantum Dot Technology, REGZA Engine ZR, Dolby Vision HDR, Dolby Atmos dan penaiktarafan 4K-upscaling daripada Full HD untuk penghasilan imej yang cantik.

    Untuk bermain game pula, ia mempunyai Auto Low Latency Mode dan Variable Refresh Rate untuk pengalaman gaming yang lancar. Sports Mode pula menawarkan butiran yang jelas untuk menonton siaran sukan yang bergerak pantas.

    Ia juga mempunyai Karaoke Mode yang memudahkan anda untuk menyanyi, dengan hubungan Bluetooth 5.3, perkongsian mudah dengan peranti mudah alih dan kawalan suara (voice control). Televisyen ini dijual dalam pelbagai saiz daripada 65″ hinggalah 85″, dengan harga bermula RM4,299.

    Untuk menyertai pertandingan ini, anda perlu ikuti langkah berikut:

    1. Ikuti Toshiba TV Malaysia Official di Facebook
    2. Muat naik video 1 minit yang menunjukkan nyanyian anda untuk sebarang lagu. Ia boleh dimuat naik ke akaun sosial media yang awam
    3. Tandakan (tag) Toshiba TV Malaysia dan gunakan hashtag #ToshibaTVMalaysia dan #HitTheNotes

    Pada setiap minggu, tiga video dengan jumlah Suka (Like) dan Kongsi (Share) yang tertinggi akan dipilih sebagai finalis. Pada hujung bulan Ogos, 12 orang finalis akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir pada bulan September.

    12 orang finalis ini akan dijemput untuk menyanyi secara langsung di kedai pengedar sah Toshiba TV Malaysia. Nyanyian tersebut perlu dirakam dan dimuat naik ke media sosial, kemudian, rakaman yang menerima jumlah Suka dan Kongsi yang paling tinggi akan memenangi Toshiba TV.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertai pertandingan Toshiba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...