More

    Rakuten Kobo Remote tiba di Malaysia — pengawal wayarles pertama untuk eReader

    Rakuten Kobo hari ini memperkenalkan Kobo Remote iaitu alat pengawal ergonomik tanpa wayar yang membolehkan pengguna menukar halaman eReader dengan lebih mudah tanpa perlu menyentuh skrin. Kobo Remote menandakan langkah pertama Kobo dalam menawarkan pengalaman membaca bebas sentuhan.

    Ia direka khusus untuk pembaca tegar dengan menampilkan rekaan intuitif serta bateri tahan lama untuk memberi keselesaan maksimum ketika membaca dalam tempoh panjang. Peranti ini turut tersedia dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan putih. Kobo Remote serasi dengan semua eReader Kobo yang dilengkapi sokongan Bluetooth.

    Dengan pelancarannya menjelang musim percutian hujung tahun, aksesori ini turut disasarkan sebagai hadiah praktikal untuk pencinta buku digital. Produk baharu ini akan mula dijual di Malaysia secara dalam talian dan di kedai bermula 4 November 2025 pada harga RM155.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...