More

    Rakyat Malaysia bakal boleh guna DuitNow QR untuk pembayaran di Vietnam dan Filipina

    PayNet melaporkan bahawa rakyat Malaysia bakal dibenarkan untuk membuat pembayaran melalui DuitNow QR sewaktu berada di Vietnam dan Filipina. Ini adalah dua negara tambahan selepas penggunaan DuitNow QR dibuka di Indonesia, Thailand dan Singapura.

    Fungsi ini boleh dilakukan kerana bank utama untuk kedua-dua negara tersebut telah menyertai inisiatif Regional Payment Connectivity (RPC). Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa State Bank of Vietnam (SBV) telah menandatangani Memorandum Persefahaman untuk Kerjasama dalam Hubungan Pembayaran Serantau (MoU RPC).

    Memorandum tersebut ditandatangani dalam perjumpaan Menteri-menteri Kewangan dan Governor Bank Utama ASEAN (AFMGM) ke-10 di Jakarta, Indonesia semalam.

    Sementara itu, bank utama Filipina pula telah menyertai MoU RPC sewaktu menganjurkan Perjumpaan Ketua-ketua Negara G20 pada November 2022, namun negara itu masih belum membenarkan pembayaran QR merentas sempadan.

    RPC diasaskan untuk menguatkan kolaborasi dalam hubungan pembayaran antarabangsa melaui cara yang lebih pantas, murah dan telus supaya transaksi dalam rantau Asia Tenggara boleh dilakukan dengan mudah oleh individu dan syarikat. Ia melibatkan pelbagai cara seperti kod QR dan pembayaran rentas sempadan yang pantas.

    Kini, enam negara Asia Tenggara telah menandatangani MoU RPC ini, jadi rakyat Malaysia boleh menjangkakan untuk menggunakan DuitNow QR di Filipina dan Vietnam dalam masa terdekat. Pada masa yang sama, rakyat dari dua negara itu juga akan boleh menggunakan perkhidmatan QR mereka sendiri sewaktu berada di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemah daripada TechNave

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured