More

    Rakyat Malaysia belanja RM12 bilion guna ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ pada 2024

    Kementerian Kewangan mendedahkan bahawa transaksi Buy Now Pay Later (BNPL) di Malaysia mencecah RM12 bilion pada tahun lalu. Penggal pertama 2024 menyaksikan RM4.9 bilion dalam transaksi BNPL manakala penggal kedua meningkat kepada RM7.1 bilion.

    Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, sehingga Disember 2024, terdapat 5.1 juta pengguna BNPL aktif di negara ini yang kebanyakannya berusia 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan bawah RM5,000 sebulan.

    Selain itu, sebanyak 12 syarikat kini menawarkan perkhidmatan BNPL di Malaysia. Walaupun kebimbangan terhadap hutang isi rumah meningkat, kerajaan menegaskan bahawa pertumbuhan BNPL masih terkawal.

    Pinjaman BNPL berjumlah RM2.8 bilion dengan hanya 0.2 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah manakala pinjaman tertunggak berada pada RM82.6 juta atau 2.9 peratus daripada jumlah kredit BNPL. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...