More

    Rakyat Malaysia beli sekitar 2,000 basikal setiap bulan di Carousell

    Perkhidmatan jual beli dalam talian Carousell telah melaporkan bahawa urus niaga melibatkan basikal telah menjadi trend paling popular di kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan tersebut, dengan hampir 18,000 buah basikal dijual sepanjang 2020. Untuk tahun 2021 pula, trend ini kekal meningkat dalam dua bulan pertama.

    Pandemik COVID-19 telah memperlihatkan permintaan yang semakin tinggi di seluruh dunia terhadap peralatan senaman termasuklah basikal. Dalam pasaran Malaysia, permintaan untuk basikal telah meningkat secara sekata dengan lebih 2,000 transaksi sebulan sejak November 2020.

    Daripada segi carian pula, rakyat Malaysia melakukan lebih 160,000 carian sebulan untuk basikal, selari dengan data daripada Google Malaysia yang melaporkan peningkatan carian sebanyak 250% untuk “basikal senaman” pada tahun 2020. 76.04% daripada urus niaga basikal di Malaysia melibatkan basikal terpakai, lebih tinggi berbanding Singapura dan Hong Kong.

    Jenis basikal yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia adalah basikal jalanan, diikuti dengan basikal lasak (mountain bike) manakala jenama basikal kegemaran rakyat Malaysia pula adala Specialized.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured