More

    Rakyat Malaysia kini boleh bayar foodpanda menggunakan TNG eWallet

    Hari ini, Touch ’n Go eWallet dan foodpanda Malaysia mengumumkan kerjasama mereka untuk mewujudkan ekosistem pembayaran yang sinergistik. Dengan kata lain, pengguna Touch ’n Go eWallet kini boleh menikmati kemudahan perkhidmatan penghantaran foodpanda di seluruh negara mulai hari ini.

    Dalam kenyataan akhbar, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd Alan Ni berkata Touch ’n Go eWallet teruja dengan kerjasama ini untuk menyediakan akses kepada pengalaman penghantaran yang lancar di seluruh Malaysia kepada 18 juta penggunanya.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia Savantan Das menegaskan bahawa syarikat komited untuk menyediakan kemudahan makanan dan keperluan harian dihantar terus ke depan pintu pelanggan. Beliau turut memuji kerjasama dengan Touch ’n Go eWallet kerana memberikan pengguna lebih banyak pilihan dalam kaedah pembayaran.

    Sempena perkongsian baharu itu, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menikmati potongan RM12 apabila mereka berbelanja minimum RM25 semasa pembayaran melalui Touch ‘n Go eWallet apabila membuat pesanan di foodpanda. Tawaran ini hanya sah dari sekarang hingga 28 Februari 2022 mengikut terma dan syarat dikenakan.

    Ketahui lebih lanjut mengenai kerjasama ini di laman web rasmi Touch ‘n Go. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...