More

    Rakyat Malaysia kini boleh daftar dan tebus baucar RM200 untuk beli barang elektrik di Shopee

    Melangkah ke tahun baru, Shopee Malaysia kini telah mengumumkan sebuah kempen Program SAVE 2.0 di laman Facebook mereka. Program ini adalah hasil kolaborasi di antara Shopee dan Sustainable Energy Development Authority (SEDA).

    Menurut maklumat promosi, Program SAVE 2.0 menawarkan potongan harga RM200 untuk barangan elektrik tertentu seperti penghawa dingin atau peti sejuk yang bertaraf jimat tenaga.

    Barangan ini perlu diiktiraf 4 bintang atau 5 bintang jimat tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga. Barangan juga perlu tergolong dalam versi 2021 dan penebusan baucar dihadkan kepada satu barangan untuk satu akaun bil TNB sahaja.

    Anda boleh mendaftar di laman rasmi Shopee jika anda berminat untuk membeli barangan elektrik jimat tenaga terkini dengan baucar RM200. Perlu diingatkan bahawa status permohonan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja dan baucar RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet setelah diluluskan.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...