More

    Rakyat Malaysia kini boleh tempah temujanji klinik pergigian kerajaan melalui MySejahtera

    Fasa 2 telahpun bermula pada Mei 2023 di mana sistem temu janji akan diperluaskan ke semua klinik pergigian kerajaan di seluruh negara. Dalam catatan Facebook, KKM menegaskan bahawa sistem temu janji MySejahtera baharu akan membantu mengurangkan masa menunggu pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik kesihatan atau pergigian.

    Untuk menempah temu janji pergigian, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:

    • Semak imbas dan log masuk ke aplikasi MySejahtera melalui telefon pintar
    • Klik ikon ‘Temujanji’ pada halaman utama aplikasi MySejahtera
    • Tulis nama individu yang ingin hadir ke klinik
    • Pilih perkhidmatan
    • Pilih lokasi Klinik Kesihatan/Klinik Pergigian
    • Pilih slot masa janji temu yang masih tersedia
    • Sahkan butiran dan semua maklumat yang disenaraikan
    • Tekan butang ‘Hantar’.
    • Selepas itu, slot temu janji anda telah berjaya. 

    Bagi mereka yang masih tidak tahu, anda hanya buat temu janji untuk pemeriksaan kesihatan pergigian. Pada temujanji pertama, anda akan diberi rawatan pergigian yang bersesuaian selepas pemeriksaan dan jika rawatan susulan diperlukan, klinik pergigian akan memberi temujanji seterusnya.

    Selain itu, anda tidak perlu menempah temu janji untuk kecemasan pergigian. Sebaliknya, anda boleh terus pergi ke klinik pergigian terdekat tanpa membuat tempahan. Di bawah merupakan situasi yang dianggap kecemasan pergigian oleh KKM:

    • Sakit gigi
    • Gusi bengkak dan bernanah
    • Bengkak muka dan leher
    • Komplikasi selepas pengekstrakan
    • Sakit saraf di sebelah muka (Trigeminal Neuralgia)
    • Trauma/kecederaan pergigian
    • Gigi terkeluar dari soket (avulsion)
    • Kecederaan tisu lembut
    • Kecederaan muka lain yang dikenal pasti
    • Lesi dan tumor yang tidak diketahui puncanya
    • Gigi patah/tampalan menyebabkan luka dan kesakitan
    • Gigi palsu patah
    • Pendakap ortodontik tercabut/longgar

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured