More

    Rakyat Malaysia perlu berwaspada terhadap penipuan dalam platform Android

    Memandangkan kebanyakan pengguna telefon pintar di Malaysia menggunakan platform Android kerana harganya yang lebih berpatutan, mereka dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terhadap aplikasi serta laman web e-kedai palsu yang mensasarkan mereka.

    Menurut penyelidik daripada syarikat keselamatan siber ESET, Lukáš Štefanko, beliau telah mengesan beberapa laman web palsu yang menyamar sebagai perkhidmatan sah dengan nama domain yang serupa di Malaysia.

    Beliau berkata pihak yang mencipta laman web palsu itu selalu menyebarkannya dalam iklan Facebook. Jika seorang pengguna klik pada iklan tersebut, dia akan diarahkan untuk memuat turun sebuah aplikasi daripada Google Play dan bukannya dibawa ke laman web sebenar.

    Sungguh pun begitu, jika dia klik pada butang yang disediakan, dia akan dibawa ke sebuah laman web palsu dan bukannya platform Google Play Store. Sewaktu pengguna itu ingin melakukan pembayaran pula, sebarang pembayaran yang dilakukan melalui Pertukaran Proses Kewangan (FPX) tidak akan dihantar kepada pemilik laman web sebenar.

    Selain itu, apabila pengguna mendaftar masuk ke dalam akaun bank mereka, segala butiran akaun bank sudah pun dibocorkan kepada pengendali laman web palsu itu. Aplikasi palsu yang dimuat turun pula akan menghantar mesej SMS yang memaksa pengguna untuk meletakkan kod pengesahan dua faktor (2FA) yang dihantar oleh bank.

    Secara ringkasnya, Stefanko memberi amaran kepada pengguna bahawa sentiasa berwaspada terhadap iklan dalam media sosial atau hasil enjin carian (search engine) kerana ia tidak semestinya melambangkan iklan kepada laman web sebnar. Setakat ini, tujuh laman web palsu dan tiga aplikasi Android berniat jahat telah dikenal pasti di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...