More

    Rakyat Malaysia perlu waspada dengan “scam” COD sewaktu beli barang dalam internet

    Syarikat perkhidmatan kurier Ninja Van melaporkan bahawa penipuan atau scam menggunakan kaedah cash-on-delivery (COD) semakin meningkat dalam Malaysia pada waktu ini, terutamanya dengan musim beli-belah yang berlaku pada 11 November (11.11) dan 12 Disember (12.12).

    Dalam kaedah ini, scammer bertindak dengan menyamar sebagai penjual yang sah, kemudian mengaturkan penghantaran barang secara COD melalui syarikat kurier pihak ketiga (3PL) seperti Ninja Van. Taktik ini menyebabkan para pelanggan menerima pakej yang tidak pernah dipesan, atau menerima barangan dengan nilai yang lebih rendah daripada barang sebenar yang dipesan.

    Ramai pelanggan terpedaya dengan scam ini kerana mereka terpengaruh dengan iklan-iklan yang menjanjikan diskaun tinggi untuk pelbagai produk. Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam, Ninja Van menasihatkan orang ramai supaya mengesahkan identiti penjual dan sentiasa peka terhadap sebarang tawaran diskaun yang tidak munasabah.

    Dalam suku ketiga 2024, Lembah Klang mencatatkan kes penghantaran pakej palsu berjumlah lebih 3,000 kes, lebih tinggi sebanyak 49.22% berbanding suku ketiga 2023. Dalam perbandingan tempoh yang sama, wilayah utara dan selatan Semenanjung Malaysia menyaksikan peningkatan kes sebanyak 150% manakala di Sabah dan Sarawak pula meningkat sebanyak 160%.

    Selain itu, para pelanggan diingatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang pihak yang menyamar sebagai wakil daripada Ninja Van Malaysia dalam aplikasi permesejan seperti WhatsApp.

    Berikut adalah beberapa langkah ringkas yang perlu diambil untuk mengelakkan diri menjadi mangsa scam:

    • Semak dan kaji identiti penjual
    • Pastikan keselamatan laman web, URL harus mempunyai “https://” di hadapannya
    • Bandingkan harga dengan platform lain
    • Sahkan butiran penghantaran anda sewaktu menerima barang secara COD, jangan terima barang jika butiran pembelian dan penghantaran adalah berlainan
    • Hati-hati dengan penghantaran pakej palsu
    • Sahkan melalui saluran rasmi, seperti laman web atau aplikasi rasmi

    Kami berharap para pembaca akan kekal berwaspada terhadap pelbagai risiko scam sewaktu membeli-belah dalam internet. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured