More

    Rakyat Malaysia terutama warga emas digesa berhati-hati terhadap laman web ‘scammer’ guna nama kerajaan

    Terkini, sumber melaporkan bahawa Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa orang ramai agar berhati-hati dalam aktiviti dalam talian. Hal ini kerana terdapat penipu siber (scammer) yang tampil dengan muslihat mencipta laman sosial dan laman sesawang yang mirip milik agensi kerajaan dan pihak bank.

    Antara muslihat dalam talian yang terkenal adalah penggunaan nama agensi kerajaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Memandangkan banyak urusan dilakukan secara dalam talian termasuk Bantuan Prihatin Nasional, hal ini menjadikan muslihat penipu siber semakin berleluasa.

    “Para scammer akan mencari pengguna yang rentan terutama warga emas yang terhimpit pada masa kini. 

    “Sehubungan itu pengguna dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat yang mereka terima sama ada melalui sistem pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon mahupun e-mel,” jelas Ketua Pegawai Operasi FOMCA, T. Saravanan.

    Oleh itu, jika anda ragu-ragu, anda boleh menghubungi pihak agensi kerajaan yang rasmi atau semak melalui laman penyebaran berita paslu sebenarnya.my. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured