More

    RAM, storan dan butiran kamera utama iQOO Neo 7 Racing Edition didedah sebelum pelancaran

    iQOO Neo 7 Racing Edition bakal dilancarkan pada 29 Disember menampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Kini, syarikat itu mendedahkan RAM dan kapasiti storan telefon serta sensor kamera utamanya.

    Poster mengesahkan bahawa iQOO Neo 7 Racing Edition akan mempunyai RAM 16GB dan storan 512GB serta diikuti dengan beberapa konfigurasi lain. Poster seterusnya menunjukkan bahawa peranti ini akan mempunyai kamera utama Samsung GN5 dengan pemfokusan dwi piksel membolehkan pengguna menangkap video yang lebih baik.

    Kebanyakan spesifikasi iQOO Neo 7 Racing Edition telah pun didedahkan melalui pensijilan TENAA. Ia akan hadir dengan paparan AMOLED 6.78 inci yang menawarkan resolusi FHD+, nisbah aspek 20:9, kadar penyegaran semula 120Hz dan pengimbas cap jari bawah paparan.

    Di bahagian hadapan, iQOO Neo 7 Racing Edition dijangka menampilkan kamera swafoto 16MP manakala bahagian belakangnya terdiri daripada kamera utama 50MP yang mungkin menawarkan OIS (penstabilan imej optik). Ia akan digandingkan dengan kamera 8MP dan 2MP.

    Mengikut pensijilan TENAA, peranti ini akan menawarkan varian RAM 8GB / 12GB dan storan 128GB/ 256 GB. Ia akan menggunakan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...