More

    Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 dibentang untuk pengurusan angkasa lebih baik

    Terkini, Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 telah dibentang untuk pertama kalinya di Dewan Rakyat pada hari ini. Rang undang-undang ini telah dibentang oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

    Di dalam pembentangan ini, Khairy menyatakan tentang fungsi Lembaga Angkasa Malaysia iaitu untuk menasihati kerajaan, memastikan pelaksanaan akta ini dan mengeluarkan garis panduan, arahan berkaitan akta ini.

    Antara perkara dalam rang undang-undang ini adalah mana-mana pihak yang berniat membina, mengilang, memiliki atau mengendalikan kemudahan untuk penyepaduan atau pengujian objek angkasa selain memiliki dan mengendali kemudahan pelancar perlu memohon suatu lesen.

    Dalam Seksyen 15 rang undang-undang tersebut, angkasa hendaklah digunakan untuk tujuan keamanan dan tidak boleh antaranya meletak, memasang, melancar atau mengendalikan apa-apa senjata pemusnah besar-besaran di angkasa.

    Seksyen 41 (1) pula menyebut tentang individu yang menemukan objek berasal dari angkasa perlu memaklumkan mengenai penemuan berkenaan. Mana-mana individu boleh didenda tidak melebihi RM5,000 dan maksimum RM10,000 bagi pertubuhan perbadanan jika gagal berbuat demikian

    Manakala Seksyen 42 (1) menyatakan individu yang menemukan objek angkasa tidak boleh mengusik, mengalihkan, merosakkan atau memusnahkan objek itu kecuali jika perlu berbuat demikian bagi mencegah bahaya. Individu boleh didenda tidak melebihi RM10,000 dan maksimum RM20,000 bagi pertubuhan perbadanan jika melakukan kesalahan.

    Apakah pendapat anda mengenai rang undang-undang ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

    "
    "

    Gambar ihsan NASA

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...