More

    Rangkaian terhubung semua hala Maxis berjaya mencapai kelajuan hampir 10Gbps

    Buat sementara ini, rakyat Malaysia hanya mendapat tawaran fiber dengan kelajuan mencapai 1Gbps oleh beberapa penyedia. Dengan ini, penyedia sedang menguji kelajuan fiber untuk rangkaian lebih pantas dan lancar.

    Kini, Maxis menjadi antara yang terawal mengumumkan kejayaan mereka dalam ujian teknologi 10G PON (Gigabit passive optical network) di mana hasil ini membolehkan Maxis mencapai kelajuan hampir 10Gbps melalui rangkaian fibre-ke-kediaman. Berdasarkan ujian di Menara Maxis, kelajuan yang dicapai membolehkan muat turun video 1GB dalam masa 32 saat.

    Maxis menyatakan kebanyakan pembangunan fiber berasaskan teknologi GPON mampu untuk memuat turun sehingga 2.5GBps. Teknologi 10G PON dilihat merupakan rangkaian pasif terpantas berbanding teknologi GPON di Malaysia.

    Penyelesaian rangkaian ini membolehkan pengguna berkongsi kapasiti melalui infrastruktur gentian optik pasif di mana gentian kepada pengguna individu bercabang daripada gentian tunggal ke nod rangkaian. Dengan lebar jalur yang semakin meningkat, pengguna pasti menjangkakan kelajuan muat turun yang lebih pantas dan kependaman (latency) yang lebih rendah untuk kegunaan yang lebih baik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured