More

    Rapid Rail rekodkan lebih 1 juta penumpang untuk satu hari, tertinggi dalam sejarah!

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) hari ini mengumumkan peristiwa penting dalam pengangkutan awam Malaysia di mana penumpang laluan kereta apinya merekodkan lebih 1 juta penumpang untuk satu hari pada 29 Mei. Ini adalah jumlah penumpang tertinggi dalam sejarah Rapid Rail.

    Menurut Bernama, jumlah penumpang semua perkhidmatan Rapid Rail ialah 1,004,591 pada 29 Mei iaitu lebih 35 peratus melebihi 739,818 yang dicatatkan pada hari yang sama tahun lepas. Laluan Kelana Jaya merekodkan jumlah penumpang 287,102 untuk Laluan Ampang/Sri Petaling (224,184), Laluan Monorel (61,236), Laluan Kajang (274,302) dan Laluan Putrajaya (157,767) pada 29 Mei 2024.

    Rapid Rail menjelaskan bahawa lonjakan itu didorong oleh beberapa inisiatif seperti proses peningkatan kapasiti Laluan Kelana Jaya dan Laluan Kajang, pembukaan semula perkhidmatan kereta api antara stesen Masjid Jamek dan Bandaraya untuk Laluan Ampang/Sri Petaling pada 17 Feb serta pembukaan beberapa tarikan baharu di sepanjang laluan rel.

    Beberapa acara berskala besar yang diadakan di sekitar stesen kereta api dan cuti sekolah turut menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang. Nampaknya kerajaan Malaysia perlu lebih fokus kepada sistem pengangkutan kerana ia merupakan alternatif terbaik untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured