More

    Rasmi: Penutupan sementara panggung wayang GSC, TGV dan MBO Cinemas bermula 18 Mac ini

    Terkini, GSC Cinemas dan TGV Cinemas telah mengumumkan penutupan sementaranya bermula 18 Mac (esok) sehingga 31 Mac berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytiharkan semalam oleh Perdana Menteri Malaysia.

    Penutupan sementara ini bukanlah untuk membataskan hiburan anda, tetapi sebagai langkah proaktif untuk membendung penularan pandemik COVID-19. Tindakan ini selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengehadkan pergerakan anda ke tempat awam, di mana mungkin menjadi lubuk penularan COVID-19.

    Apa pun, untuk pelanggan GSC Cinemas yang telah membeli tiket secara dalam talian pada mana-mana tarikh penutupan, anda boleh memohon pulangan wang (refund) secara dalam talian juga. Untuk yang telah membeli tiket di luar talian, anda perlu menunggu sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan untuk menebus pulangan wang di kaunter e-Ticketing atau Box Office.

    Untuk pelanggan TGV Cinemas dan MBO Cinemas pula, proses pemulangan wang untuk tiket yang telah dibeli pada tarikh penutupan sementara boleh dilakukan sama seperti proses GSC Cinemas. Pelanggan dalam talian boleh mendapat pulangan secara dalam talian, manakala pelanggan luar talian perlu menunggu sehingga kaunter kembali beroperasi.

    Kami percaya anda masih boleh melayari platform tontonan secara dalam talian untuk menonton filem! Jangan lupa untuk sentiasa bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini.

    Sumber: GSC Cinemas | TGV Cinemas

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured