More

    Rasmi: Punca sebenar ketiadaan AnTuTu di Google Play Store

    Jika semalam dunia penggiat teknologi gempar, terutamanya dalam institusi telefon pintar dek kerana kehilangan aplikasi penanda aras AnTuTu di Play Store tanpa sebab yang pasti, hari ini kami mempunyai jawapan untuk anda. Terkini, AnTuTu tampil memberi penjelasan tentang sebab ketiadaan aplikasinya dalam Google PlayStore secara tiba-tiba.

    Untuk pengetahuan anda, AnTuTu bukan sebahagian daripada Cheetah Mobile seperti yang didakwa. AnTuTu telah ditubuhkan pada 2011, manakala Cheetah Mobile telah melabur dan menjadi salah satu pemegang saham AnTuTu pada tahun 2014. Cheetah Mobile tidak pernah memegang akaun Google Play AnTuTu dan AnTuTu tidak pernah melakukan promosi ke atas mana-mana produk perisian Cheetah Mobile.

    Walau bagaimanapun, pihak AnTuTu percaya bahawa anggapan yang tidak benar oleh Google adalah berpunca daripada penggunaan perkhidmatan perundangan daripada Cheetah Mobile. Hal ini menyebabkan capaian polisi privasi menggunakan alamat cmcm.com.

    Pihak AnTuTu sedang cuba memperbaiki masalah ini dan berharap Google akan memeriksa akaun AnTuTu secara menyeluruh agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

    Agak susah untuk membuat ulasan telefon pintar jika AnTuTu tiada di Play Store. Apa pun, buat sementara ini anda boleh memuat turun fail APK daripada laman web rasmi AnTuTu jika anda ingin menggunakannya. Luahkan pendapat anda di laman Facebook mengenai hal ini dan teruskan bersama TechNaveBM.com untuk berita aplikasi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured