More

    Rasmi: Tonton pelancaran Samsung Galaxy S20 Fan Edition pada 23 September

    Setelah melancarkan pelbagai siri telefon pintar baharu pada tahun ini termasuklah siri Samsung Galaxy S20 dan siri Galaxy Note20, Samsung kini bakal melancarkan sebuah peranti terbaru khas untuk peminatnya, Samsung Galaxy S20 Fan Eddition (FE) 2020.

    Samsung Galaxy S20 FE secara rasminya akan dilancarkan pada 23 September 2020, jam 10PM (waktu Malaysia) melalui acara Unpacked for Every Fan. Anda boleh menontonnya secara langsung di laman Samsung rasmi dan mendaftar di sini untuk mendapat maklumat awal acara ini.

    Melalui poster acara di bawah, sepertinya Samsung juga mengacah mengenai pilihan warna menarik untuk Samsung Galaxy S20 FE.

    Sepintas lalu, memandangkan telefon ini adalah varian Galaxy S20 yang lebih berpatutan, ia mempunyai spesifikasi mirip S20 yang dilancarkan pada awal tahun ini, seperti skrin Super AMOLED 120Hz, cipset Snapdragon 865 atau Exynos 990 dan tiga kamera di belakang.

    Anda boleh membaca berita lepas mengenai spesifikasi dan harga ramalannya yang dikatakan mencecah ~RM3,000!

    Adakah anda akan menonton siaran langsung khas untuk peminat Samsung ini bersama kami? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...