More

    Raya Lagi Mantap Bersama Grab tawarkan hadiah bernilai RM20,000 dan pendapatan tambahan RM2,000

    Baru-baru ini Grab Malaysia telah melancarkan kempen ‘Raya Lagi Mantap Bersama Grab’ yang menawarkan rakan pemandu peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan dan penjimatan sehingga RM2,000 dan hadiah bernilai RM20,000 untuk 3 orang pemenang bertuah yang berlangsung mulai 22 Mac hingga 30 April 2023.

    Kempen ini merupakan salah satu daripada tawaran yang disediakan untuk rakyat Malaysia mengakses pendapatan yang adil, mampan dan produktif. Mereka juga berpeluang untuk menyertai dan menang dalam kempen Hari Raya Home Makeover yang bernilai sehingga RM20,000.

    Rakan pemandu yang sedia ada dan baharu yang telah mengesyorkan pendaftaran ke platform juga akan berpeluang memperoleh pendapatan tambahan dan baucar minyak. Rakan pemandu yang layak mendapat baucar pendahuluan dan pembiayaan fleksibel oleh Grab boleh memenangi Duit Raya dalam bentuk pulangan tunai bernilai RM125.

    Melalui GrabBenefits yang merupakan program manfaat untuk rakan dalam ekonomi gig, mereka juga diberikan akses kepada peluang pekerjaan yang lebih berkualiti dan selamat serta perlindungan kewangan seperti pengurangan kos operasi, insurans, pembangunan profesional dan banyak lagi.

    Menerusi usaha ini, Grab komited untuk menyokong rakan pemandunya dan memberi mereka peluang untuk mendapat dan menjimatkan lebih banyak wang semasa bulan Ramadan dan musim Raya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Grab Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...