More

    RayNeo Air 4 dilancar dengan paparan HDR10 pertama di dunia, bermula RM1,060

    Jenama RayNeo yang bernaung di bawah TCL telah memperkenalkan RayNeo Air 4 iaitu kaca mata realiti terimbuh (AR) generasi keempat yang tampil sebagai peranti pertama di dunia dengan paparan HDR10. RayNeo Air 4 dikuasakan cip baharu Vision 4000 hasil kerjasama dengan syarikat teknologi paparan Pixelworks.

    Ia merupakan cip AR tersuai pertama daripada RayNeo yang membuka sokongan kepada HDR10, AI HDR dan keupayaan AI 3D video menjadikannya antara kaca mata AR paling maju ketika ini. Dengan Vision 4000, Air 4 mampu mencapai kecerahan sehingga 1200 nits dan memaparkan 1.07 bilion warna selain menyokong penukaran automatik kandungan standard ke HDR bagi menghasilkan visual yang lebih semula jadi.

    Peranti ini menggunakan paparan micro-OLED generasi ke-5.5 yang meliputi 145% ruang warna sRGB dan 98% DCI-P3 bersama kadar segar semula 120Hz. Skrin maya boleh mencapai saiz setara 135 inci. Untuk audio, RayNeo bekerjasama dengan jenama terkenal Bang & Olufsen (B&O) bagi menala sistem bunyi empat pembesar suara yang dilengkapi pemacu DAC bebas dan diafragma polimer bersaiz besar.

    Bahagian audio pula ditala oleh B&O yang menghasilkan bunyi yang lebih jernih dan dalam serta panduan bunyi pilihan yang mengurangkan kehilangan audio sehingga 80%. Ciri AI 3D Engine baharu juga membolehkan pengguna menukar video 2D kepada 3D hanya dengan satu sentuhan. Digabungkan dengan penukaran SDR-ke-HDR berasaskan AI, pengguna boleh menikmati kualiti visual terbaik tanpa perlu menunggu versi remaster rasmi.

    RayNeo Air 4 dijual pada 1,599 yuan (~RM1,060) manakala versi Air 4 Pro berharga 1,699 yuan (~RM1,130). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...