More

    Razer akan buka ujian beta untuk pelitup muka Razer Zephyr

    Sejak tahun lalu, Razer telah mengatakan bahawa mereka akan menghasilkan pelitup muka yang direka khas untuk melindungi pemakainya daripada jangkitan COVID-19 dan lain-lain penyakit. Kini Razer telah memperkenalkan pelitup muka tersebut yang dinamakan Razer Zephyr.

    Pelitup muka ini nampak lebih besar sedikit berbanding pelitup muka Project Hazel yang diumum pada tahun lepas. Razer Zephyr dilengkapi gril besi di hadapan, sesuatu yang tidak terdapat dalam Project Hazel.

    Razer juga telah membuka permohonan buat mereka yang ingin menguji versi beta untuk pelitup muka Zephyr. Razer juga telah berkongsi pelan untuk pelancaran produk tersebut, namun mereka masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran rasmi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki pelitup muka unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Razer

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured