More

    Razer Barracuda X dilancar di Malaysia: Fon kepala wayarles untuk “gaming” berharga RM459

    Razer Malaysia hari ini telah melancarkan Razer Barracuda X sebuah fon kepala wayarles yang dikhaskan untuk gaming dalam platform komputer, PlayStation, Nintendo Switch dan peranti Android. Tidak seperti kebanyakan fon kepala Razer lain yang mempunyai hiasan agresif, Barracuda X mempunyai rekaan ringkas dan berat 250g sahaja yang membuatkannya sesuai dipakai di mana-mana.

    Fon kepala ini dilengkapi pemacu (driver) 40mm Razer TriForce untuk penalaan (tuning) yang jelas di antara bunyi tinggi (highs), sedang (mids) dan rendah (lows). Ia turut menyokong teknologi bunyi persekitaran 7.1 Surround Sound dan THX Spatial Audio yang membenarkan pengguna untuk mengalami pengawasan situasi (sitational awareness) yang lebih jelas dalam game mereka.

    Ia turut dilengkapi teknologi HyperClear Cardiod Mic untuk merakam suara pengguna dengan jelas sambil mengurangkan bunyi bising di sekelilingnya. Mikrofonnya boleh dicabut jika pengguna tidak ingin menggunakannya dan ingin memakai fon kepala ini di luar.

    Razer Barracuda X boleh dihubungkan secara wayarles kepada mana-mana empat peranti gaming tersebut melalui sebuah penerima (receiver) USB-C. Untuk peranti yang tidak mempunyai port USB-C, Razer turut menyediakan kabel USB-A kepada USB-C agar ia boleh digunakan dalam sebanyak peranti yang mungkin. Razer turut membekalkan kabel 3.5mm buat pengguna yang mengutamakan penggunaan wayar.

    Razer mengatakan baterinya boleh bertahan selama 20 jam dan ia dicas menggunakan port USB-C. Perlu diingati bahawa ia tidak boleh dihubungkan secara wayarles kepada Xbox atau melalui hubungan Bluetooth.

    Ia akan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM459 melalui laman web Razer atau pengedar sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon kepala wayarles ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured